Apakah agaknya iQAL tu?hoho.. iQAL tu singkatan untuk Inspiring Qawiyul Amin Leaders.
Kem kepimpinan anjuran pelajar dari Darul Quran, JAKIM. Dengar nama pun dah rasa dup dap jantung, ye tak? Lagi la kami, peserta kem ni sendiri, sentiasa mengalami kejutan dari minit ke minit.
Pada permulaan, nampak rileks je kemnya, nampak 'BIASA-BIASA' tapi sebenarnya, 'LUAR BIASA'. Maksud aku memang sangat mendalam. Masa slot yang pertama, kitorang bersama dengan unit DNI (Disiplin dan Ibadah), ustaz 'garang' (ok, aku yang bg nama), tu arahkan kitorang guna bahan2 yang diberi untuk buat tag nama. Sebelum tu pulak, kitorang masih keadaan yang rileks dan cool . Tapi tiba2 kene sergah dan dimarah.
"Aku tengok korang ni dari tadi main2 je! korang piker ni program ape hah?!"
mak kau, berderau darah den. Rasa nak nangeh pun ade jugak. Masa kitorang disuruh buat tag nama tu pun kelam kabut, kene marah jugak.
"Apsal lambat sangat?!! Buat benda senang pun lambat!"
Serius rasa nak nangis, kak Syafaa, akak fasi aku yang baik hati menenangkan kitorang. Pesan macam2.
"Akak memang tak tau diorang nak buat apa. Akak hanya datang sebagai fasi je, akak pun takut jugak ngan unit DNI nih sebenarnya. Tapi ,yang penting, akak harap korang semua bersedia dari egi fizikal dan mental. Banyak bersabar tau!"
Dipendekkan cerita, masa sesi dengan DNI memang menakutkan. CC, iaitu programmer, yakni kak Mardhiyyah sendiri, jadi sangat syadid (tegas) dan garang masa kem nih.
Ketepatan masa, menepati masa dan segala yang berkaitan dengan masa amat ditekankan. Pada aku, macam tak berkesempatan pun nak sembang. Tapi aku tak faham macam mana orang lain boleh bersembang, jalan perlahan naga, rileks , tak rasa apa2. Sampaikan, masa tinggal lagi 5 minit, 2 minit, tetap boleh rasa "oh, rileks la, lagi 2 minit, lagi seminit".
Sedangkan, sebenarnya, disebabkan manusia2 yang berfikiran sememeh dan tak senonoh dan berlengah-lengah ni la yang meyebabkan raisah terima hukuman.
Dan semua masih tak sedar nampaknya. Hanya slot terakhir je yang muslimat tak terlambat.
Malam sebelum hari terakhir, iaitu Jumaat malam, raisah baru (selepas bertukar raisah utuk beberapa kali) didenda lagi,. Siap raisah tu? Kak Syafiqah Rozman.Kak piqa di 'iqab(denda) berdiri setengah dan luruskan tangan. sakit wo. Dan semua yang lain, masih lampi, tercengang. Tak faham. Blur. Akhirnya yang faham berlari keluar merayu dengan kak Mardhiyyah, supaya lepaskan kak Piqa.
Itu pun masih ramai yang tertinggal kat dalam dewan. Masih tak berperasaan, masih BLUR.
Sehingga hari terakhir, tetap lewat. Diberi kebenaran ,untuk naik ke asrama dalam masa 15 minit, masa tu digunakan sebaiknya, tapi tetap ada yang berlengah. Jalan lembab, rileks, masih di fikiran, "oh, takpe, masih ade lagi seminit, 2 minit,".
Semua disuruh berkawad. Kawad itu, adalah untuk melatih disiplin, tapi tetap tak berdisiplin. Mentang-mentang yang memberi arahan bukannya sesiapa, yakni hanya seorang Nur Ain bt Shamsuddin, ada yang bermain-main, di fikirannya, Ain bukan sesiapa, tak layak dihormati dan didengari arahannya. Sedangkan dia adalah manusia yang diamanahkan untuk menjadi ketua.
Lepas tu aku dipanggil kak Aina, unit DNI. Kak Aina suruh aku tunjukkan dia aras yang aku duduk. Dia suruh aku tunjukkan tandas dan aku kena kemas dan basuh tandas tu. Aku tanya kak Aina, kenapa aku yang disuruh basuh tandas tu, tau jawapannya apa?
"sebab akak yang nak"
ok,aku dah faham.
Lepas tu aku disuruh turun dan berlari keliling court 3 pusingan pulak. Lepas rehat sekejap, aku disuruh lari lagi. Aku tak lari dalam keadaan court tu takde orang. Aku lari dalam keadaan diorang duduk memerhatikan aku berlari. Aku lari dalam keadaan diorang tengah makan, sedangkan aku tak makan lagi. Dalam hati, aku pujuk diri,
'jangan marah diorang, jangan sakit hati dengan diorang, ini apa yang raisah2 sebelum ni dah rasa, apa yang aku rasa ni sikit je.'
aku disuruh lompat bintang. Seberapa banyak yang aku mampu. Aku buat lebih 60 kali. Melebihi limit yang aku biasa buat.
Penat aku jadi bahan ujikaji, penat raisah2 sebelum ni jadi ujikaji, masing-masing tetap tak faham. Kak Mardhiyyah suruh aku fahmkan diorang.
Pemimpin TAK CUKUP sekadar tahu, sedar , tapi PENGECUT!!
Sikit pun TAK BERANI untuk backup kawan sendiri.
Sedangkan katanya, ukhuwah dijulang tinggi, ukhuwah disanjung, dibega-begakan(dibesar-besarkan). Tapi apa yang terjadi?
Tapi, sejujurnya, kem ni sangat banyak manfaat dan ilmu yang aku dapat. Memandangkan aku dah dapat tanggungjawab untuk sebarkan, meh sini aku cite ye?
10 muwasafat tarbiyyah(10 ciri2 yang mesti ada pada seseorang muslim):
- Salimul Akidah(akidah yang sejahtera)
- Sohihul Ibadah(tatacara ibadah yangbetul)
- Matinul Khuluq (akhlak yang sempurna)
- Qawiyul Jismi (tubuh badan yang sehat dan kuat)
- Musaqafatul Fikri (akal yang cerdas)
- Mujahidun linafs (mujahadah nafsu)
- Munazomun fi syuunih (tersusun dalam segala urusannya)
- Haritsun alal waqt (menjaga dan menepati masa)
- Qadirun alal kasbi (mampu berdikari)
- Nafiun li ghairih (bermanfaat untuk orang lain)
In shaa Allah, keterangan nya aku cerita lain kali, tapi lebih bagus kalau korang yang cari tau sendiri. In shaa Allah, lebih faham dan boleh amalkan. Dan, ini yang mesti ada dalam jiwa, pertuturan dan kehidupan seorang pemimpin. Kenapa? Pun aku nak korang cari tau sendiri. Caranya macam mana? Tergantung pada diri sendiri.
Sekarang kita citer pasal tahap ukhuwah lak.
- Salamatus sodri(berlapang dada)
- tawazun (sama rata)
- itsar(melebihkan yang lain)
ini pun aku citer lain kali.Sekarang aku nak share lirik lagu tema kem kitorang nih.
LANGKAH PEJUANG
by: SHOUTUL AMAL
DENGAN BISMILLAH PEJUANG MELANGKAH
BERPAKSI IKRAR LAFAZ SYAHADAH
ARAHNYA PASTI BERSATU HATI
REDHA ALLAH CITA TERTINGGI
LANGKAH YANG DIATUR
BIJAK TANGKAS DAN PERKASA
LAFAZ YANG DITUTUR
BENAR BERHEMAT DAN BERPADA
TINDAKAN BERHIKMAH
MENTAATI PIMPINAN
MEMBARA SEMANGAT
KERANA KEBENARAN
KATA DIKOTA , JANJI DITUNAIKAN
GIGIH USAHA JALANKAN KEWAJIPAN
KALAH DAN MENANG, ADAT BERJUANG
KEJAYAAN TERINDAH MERAIH MARDHATILLAH
IMAN , TUNJANG KEKUATAN
ISLAM SYIAR KEBANGGAAN
UKHWAH TALI KESATUAN
BERJUANG PENUH KEYAKINAN
ISTIQAMAH , JATI DIRI
TERUSKAN RISALAH NABI
MULIA , HIDUP DAN MATI
PEJUANG TAKKAN BERHENTI
ISTIQAMAH
Lebih sedap dan penuh penghayatan kalau korang dengar sendiri dan nyanyi sendiri lagu ni. Jujur aku cakap, kalau korang hayati betul2, korang memang akan menangis.
Ingat weh, kalau sampai sekarang kita masih leka, lalai dan bermain-main, rileks , tak pernah syadid dengan diri sendiri , setiap hari memanjakan diri sendiri, maka , sampai bila kita nak biar ummat terus hanyut andai sang pejuang yang memimpin barisan sendiri tekontang-kanting dan tergolek-golek dengan nikmat yang hanya sementara di dunia ni?
Jom, sama2 kita kuat dan berubah, tinggalkan maksiat yang menjadi kebiasaan dan rutin kita.
Tegurlah salah dan silap aku, aku mintak maaf atas kekurangan aku, aku berusaha untuk sampaikan apa yang aku mampu.
Sampai sini saja, Assalamualaikum.