Saturday, 26 July 2014
AKU BELUM PERGI!
Aku melangkah menuju ke musolla kecil tempat berkumpulnya pelajar-pelajar sekolah agama Kampung Durian Runtuh. Dengar kata, ada salam jamaie malam ini! Pelajar-pelajar sekolah ini merupakan pelajar berasrama dan mereka akan pulang ke kampung pada esok hari esok.
Langkahku diayun laju, aish! tak boleh terlepas! cepat sikit jalan beb!
Aku sudah semakin dekat dengan pagar hijau musolla kecil itu. Sengeh ku semakin melebar. Aku pantas melangkah , kaki ku terasa ingin dihayun seperti langkah kuda putih idamanku. Huwaa huwaa..
Akhirnya aku telah menapak di hadapan pintu musolla yang kiut miut ini ! Yehoo!! Tapi sekejap! Selain selawat yang dialun merdu oleh solo nasyid sekolah ini , aku terdengar sesuatu yang lain. Kalimah yang membuatku terhenti seketika. Kata-kata itu..
"Weh!! Selamat hari raya beb!! Nanti datang beraya kat umah aku tau!!"
"enti jangan lupa kasi kad raya kat ana tau!"
"Wei, kosong-kosong eh? Tak sabar nak raya!"
Tiba-tiba
"Selamat hari raya, kami semua ucapkan.."
Nyanyian lunak sang solo menyentak kuat dadaku. Sakit . Aku menekan dadaku kuat . Ya Allah, sakitnya! Hibanya hati ini..
Air mata sudah memenuhi empangan mataku. Aku sudah tidak sanggup.. Aku memusingkan langkah kakiku.
Tubuh sado ini terasa lemah tak bermaya, ku ayun langkah longlai. Kali ini suara merdu itu menyanyikan lagu lain pula . Telingaku berdesing , aku menggeleng pantas tidak mahu mendengarnya lagi..
Aku belum pergi.. Aku masih di sini ! Walaupun terasa berat , aku berlari sepantas yang mungkin, nampaknya kali ini aku benar-benar menjadi kuda putih idamanku .
Aku tidak ingin mendengar lagi kata-kata yang memeritkan jiwa itu! Aku adalah hadiah Allah kepada kalian , sang Ramadhan dan aku masih belum pergi!!
****************************************
Hohoho.. ini adalah sambungan kepada cerita tentang sang Ramadhan yang sebelum ini. Boleh tengok sini .
Huu.. Aku terlintas untuk tulis cerita ni masa salam jamaie khamis malam jumaat kat asrama. Dulu, aktiviti salam jamaie ni memang aktiviti feveret aku , serius tak tipu! But, kali ini, since aku belajar yang para sahabat menghargai Ramadhan dengan sepenuh hati dan tetap menyambut aidilfitri dan syawal dengan rendah hati, aku tak tergamak untuk ikut serta. Apatah lagi, ucapannya bukan sekadar maaf dan jumpa lagi , tapi juga ucapan selamat hari raya.
Ditambah dengan lagu hari raya yang didendangkan oleh KU dan partner aku sendiri kat mikrofon musolla buat aku jadi lagi hiba. Aku pandang pintu musolla dan terfikir, andai Ramadhan karim itu merupakan seorang manusia, dan dia melihat ini semua.. apa perasaannya?
Aku sangat letih malam tu , aku rasa tak larat sangat nak berdiri, antara faktor aku mengelak salam jamaie malam tu. Pada awalnya aku cool je , tapi bile keadaan makin bising dan macam pesta seolah-olah malam tu malam aidilfitri buat aku tersentap.
Aku suarakan pendapat aku pada partner aku malam tu masa perjumpaan exco dan nampak die sangat tersentap. Sebab dia yang nyanyi lagu raya masa salam jamaie tu . Tapi semua ada pandangan masing-masing. Terpulang pada kalian . Semua berhak memberikan pendapat.
Aku hanya mengharapkan satu perkara . Jangan sia-siakan baki Ramadhan yang tinggal walaupun sekadar sejam. Dia , hadiah istimewa dari Allah untuk kita.
Subscribe to:
Comments (Atom)