Friday, 12 June 2015
AKU INGIN MENANGIS
Hati ini merintih. Letih .
Bukan letih pada fizikal. Bukan .
Ingin mengeluh , tidak berbaloi .
Keluhan itu tidak sedikit pun membantu.
Letih . Ya, letih .
Letih bila aku sudah tidak mampu melangkah,
Tapi aku MESTI melangkah.
Letih untuk berfikir,
Tapi aku MESTI berfikir.
Sampai bila? Aku sendiri tiada jawapannya.
Aku tak mahu menangis,
Walau aku sangat ingin menangis.
Menangis dan meraung sekuat hati,
Mungkinkah hilang segala gusar di hati?
Mustahil.
Teruskan melangkah.
Walau sesukar mana,
Walau aku sangat ingin berhenti,
Walau aku sangat ingin menangis,
Walau aku sangat ingin melarikan diri,
Walau aku sangat ingin...
Tidak terpilih untuk melalui semua ini.
Ku pegang pada pesan itu,
"Bersabarlah, aku pasti kau akan temui'nya'"
"Bersabarlah, kau pasti akan temui'nya' nanti"
"Bersabarlah, dan teruskan bersabar"
"Kau mengadulah pada Allah. Dia sentiasa ada untuk kau. Aku jamin itu"
Bertahan. Dan terus bersabar. Aku percaya , masanya sudah hampir tiba.
Subscribe to:
Comments (Atom)