Friday, 3 March 2017

Sang Angin

Aku bimbang..
Keliru dan terkedu..
Bungkam dengan apa yang berlaku..
Berlegar-legar di minda..
Tertanya-tanya hati pada diri..

Apa sebenarnya di sebalik takdir2 yang tertulis?
Apa yang Tuhan kehendaki?
Ketakutan akukah yang melanggar norma?
Paranoid aku kah yang melawan takdir?
Atau kecintaan yang masih bersisa..
Yang membuat aku mahu turut sama..
Terbang menemani angin?

Menjelajah dunia tanpa memikirkan diri,
Kemahuanku bergabung dengan angin,
Tidak mengapa aku terhanyut,
Asalkan angin terus bersamaku,
Berpaut tangan bersamanya,
Memastikan angin tidak tersasar jauh,
Asal masih kekal di landasannya..

Semakin keliru aku..
Pengakhiran yang sebenar itu..
Wujud kah sebenarnya?
Jika ya, bilakah itu?
Aku ingin sekali tahu,
Agar aku bersedia meninggalkan angin..
Sebelum terlebih dulu angin pergi,
Meninggalkan aku terkapai sendiri,
Jatuh ke laut,
Tenggelam ke dasar gelap..

Aku tidak mahu terbang bersamamu lagi,
Duhai angin yang ku cinta,
 Tapi tidak mahu juga aku meninggalkanmu,
Adakah lebih baik begini?
Sekadar merasai kehadiranmu,
Berbanding terbang bersamamu?

Sang Angin?