Monday, 15 February 2016

KENANGAN TERINDAH





Bismillahirrahmanirrahim.
Lama sangat dah tak menulis. Terdorong sekali untuk update di blog lepas penat gelak macam nak pecah perut lepas baca blog geng2 Jaulah ke Sabah. Boleh pi usha sendiri (sinisini lagisini jugak /sini jugaksini pun sama )

Aku tak de nak cerita panjang lebar sangat Cuma aku nak share kebahagiaan dan kesyukuran yang aku dapat dengan kalian semua.

Serius ni, aku memang dah lama gila nak pergi melawat Sabah. Satu je sebabnya, satu Malaysia aku dah pernah jalan kecuali Sabah. Betapa aku memang semangat nak melawat Sabah sampai aku siap plan nak kerja kat Sabah lepas habis belajar nanti tak peduli la aku ambil course apa pun nanti. Hehe..

Alhamdulillah , impian aku Allah makbulkan bila ada kawan Sabah yang ajak jaulah ke Sabah memandangkan tiket Rayyani Air murah. Aku mula-mula serius sikit pun tak percaya, tapi lepas kawan aku yang lain meyakinkan aku, maka aku pun bersemangat terus telefon abah.

“abah abahhh!! Abah tengah drive ke abah??”
“haah, nak apa? Cakap je lah”
“tak boleh bah, abah drive la dulu, jap lagi orang tepon balik”
“cakap je la cepat, abah nak berenti ni kat masjid. Haa dah berhenti dah ni, cakap cepat”
“abahhh!!! Orang nak pergi sabahhhh!! Boleh tak abah?? Boleh la boleh la”
“ada duit ke?”
“uish, ada!”(confident gila ada banyak duit dalam bank)
“hmm, pergilah..”

Muahahahahaahahahahaha~~~~
Memang rasa macam nak dancing in the rain wehhh masa tuuuuu!!! Sungguh laaaaaaaa~~~~ Tanpa izin abah mustahil aku dapat merasa pengalaman yang berharga gila ni tauu T.T
Nak cerita bahagia tak bahagia , sampai dua ke tiga hari aku jadi hyper sebab nak pergi Sabah. Haha..

Dipendekkan cerita, macam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang Jaulah kami di Sabah. Suka memang bnyak gila, tak perlu kut aku cerita dukanya macam mana. Pada aku, kenangan yang dah berlalu, malas pula nak diulang. Paling penting, salah faham semua dah terurai dan semua baik semula. Perkara paling penting aku belajar masa ni, sabar, toleransi, dan maaf.

Kundasang memang paling best, aku tak tipu. Sampai hari ni aku masih tak boleh move on dari Kundasang, rasa macam nak mimpi Kundasang hari-hari. Walaupun aku tak tahan sejuk, tapi aku jadi hangat disebabkan kehadiran sahabat-sahabat penyeri hidupku sepanjang Jaulah tempoh hari (sila bersemut ya, aku tengah sawet ngan hampa semua ni).

Part pergi Pulau Sapi ni memang kena cerita, sebab laut dan pantai ni favourite aku. Tapi memang rugi gila tak bawa baju spare masa tu, patut aku berenang je masa tu, tapi bertabah je aku, Shazz ngan Fam celup kaki sampai baju basah. Hahahaha…

Bila kejadian barbeque yang ada sedikit masalah tu aku memang sikit pun tak stress, bahagia ja sebab aku memang set kepala otak aku, aku nak menikmati keindahan alam. Tapi ada juga orang yang salah faham ngan muka aku ni. Maaf ya, aku kalau tak senyum ja terus orang kata aku stress la marah la, tapi hakikatnya tak pun. Jujur ni, maaf sangat-sangat. Nak cerita ni, kalau aku memang bengang dan tensen, muka aku memang dahshat gila, kalau boleh kening ni nak kasi bertaut. Huhu.. Maaf sangat-sangat nooh..

Haa tak habis lagi kisah pulau ni, aku memang jatuh chenta kat Pulau Sapi ni disebabkan keindahan dia dan boleh kata tak tercemar pun (kecuali oleh manusia-manusia yang kekurangan kain), sampai aku rasa nak ambik course sains akuatik pastu ambil master buat research kat Sabah! Hahaha! Ok melampau sangat dah.

So aku nak pendekkan lagi cerita aku, aku nak bagitau kat kalian semua (especially geng2 Jaulah ke Sabah), aku sangat bersyukur Allah takdirkan aku bermusafir dengan kalian semua. Sungguh aku terharu. Alamak, nak menitis dahhh! Haha.. Walaupun masa singkat, rasa macam pejam celik tiba-tiba dah kat Kolej Seroja balik, aku memang takkan lupa detik2 di Sabah.

Betapa aku terhibur dengan kalian, lama sangat dah tak gelak sampai susah gila nak berhenti, lama dah tak usha keindahan alam dengan ketenangan yang tidak mampu terungkap dengan kata-kata, kenangan dengan kalian, apatah lagi.

Indah sangat peluang yang Allah bagi kepada aku untuk kenal kalian, kenal perangai, tahu kawan ni sakit, alah, mabuk jalan dan sebagainya, belajar macam-macam pengalaman dengan kalian, mengamuk ramai-ramai, gelak ramai-ramai, serba salah pun ramai-ramai,hehe..

Ini bukan kata-kata akhir, tapi penghargaan aku kepada sahabat-sahabat Sabah yang berusaha bertungkus-lumus untuk menjayakan Jaulah ke Sabah ni. Love paling besar aku bagi kat Mesyi dan keluarga, Pakcik Jamal (neneknya Mesyi), Aizatul dan keluarga, Zana dan keluarga serta Ima dan keluarga =). Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dzull dan keluarga, dan Amirul Ikmal dan keluarga=)

Seinfiniti kemaafan ku pohon kepada semua yang ikut Jaulah ke Sabah ni. Maaf terguris hati, tercucuk di mana-mana, ketawa terlebih, bergurau terkasar, tapi tu semua tanda aku sayang <3 (haa, lagi sekali aku sawet, sila bersemut).
In shaa Allah ada rezeki ke Sabah lagi kita nanti. Akhir kalam, ku hadiahkan kepada kalian lirik lagu ni, sila nyanyi sendiri.

        
Bila yang tertulis untukmu 
Adalah yang terbaik untukku
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah 

p/s: Jom jaulah 2.0 =p 
 gambar sila tengok puas-puas kat blog orang lain ye! terima kasih!

2 comments:

halvezkema said...

Ehem, bersemut baca...

halvezkema said...
This comment has been removed by the author.