Bismillahirrahmanirrahim.
Lama sangat dah tak menulis.
Terdorong sekali untuk update di blog lepas penat gelak macam nak pecah perut
lepas baca blog geng2 Jaulah ke Sabah. Boleh pi usha sendiri (sini / sini lagi
/ sini jugak /sini jugak / sini pun sama )
Aku tak de nak cerita panjang
lebar sangat Cuma aku nak share kebahagiaan dan kesyukuran yang aku dapat
dengan kalian semua.
Serius ni, aku memang dah lama
gila nak pergi melawat Sabah. Satu je sebabnya, satu Malaysia aku dah pernah
jalan kecuali Sabah. Betapa aku memang semangat nak melawat Sabah sampai aku
siap plan nak kerja kat Sabah lepas habis belajar nanti tak peduli la aku ambil
course apa pun nanti. Hehe..
Alhamdulillah , impian aku Allah
makbulkan bila ada kawan Sabah yang ajak jaulah ke Sabah memandangkan tiket
Rayyani Air murah. Aku mula-mula serius sikit pun tak percaya, tapi lepas kawan
aku yang lain meyakinkan aku, maka aku pun bersemangat terus telefon abah.
“abah abahhh!! Abah tengah drive
ke abah??”
“haah, nak apa? Cakap je lah”
“tak boleh bah, abah drive la
dulu, jap lagi orang tepon balik”
“cakap je la cepat, abah nak
berenti ni kat masjid. Haa dah berhenti dah ni, cakap cepat”
“abahhh!!! Orang nak pergi
sabahhhh!! Boleh tak abah?? Boleh la boleh la”
“ada duit ke?”
“uish, ada!”(confident gila ada
banyak duit dalam bank)
“hmm, pergilah..”
Muahahahahaahahahahaha~~~~
Memang rasa macam nak dancing in
the rain wehhh masa tuuuuu!!! Sungguh laaaaaaaa~~~~ Tanpa izin abah mustahil
aku dapat merasa pengalaman yang berharga gila ni tauu T.T
Nak cerita bahagia tak bahagia ,
sampai dua ke tiga hari aku jadi hyper sebab nak pergi Sabah. Haha..
Dipendekkan cerita, macam-macam
peristiwa yang berlaku sepanjang Jaulah kami di Sabah. Suka memang bnyak gila,
tak perlu kut aku cerita dukanya macam mana. Pada aku, kenangan yang dah
berlalu, malas pula nak diulang. Paling penting, salah faham semua dah terurai
dan semua baik semula. Perkara paling penting aku belajar masa ni, sabar,
toleransi, dan maaf.
Kundasang memang paling best, aku
tak tipu. Sampai hari ni aku masih tak boleh move on dari Kundasang, rasa macam
nak mimpi Kundasang hari-hari. Walaupun aku tak tahan sejuk, tapi aku jadi
hangat disebabkan kehadiran sahabat-sahabat penyeri hidupku sepanjang Jaulah
tempoh hari (sila bersemut ya, aku tengah sawet ngan hampa semua ni).
Part pergi Pulau Sapi ni memang kena
cerita, sebab laut dan pantai ni favourite aku. Tapi memang rugi gila tak bawa
baju spare masa tu, patut aku berenang je masa tu, tapi bertabah je aku, Shazz
ngan Fam celup kaki sampai baju basah. Hahahaha…
Bila kejadian barbeque yang ada
sedikit masalah tu aku memang sikit pun tak stress, bahagia ja sebab aku memang
set kepala otak aku, aku nak menikmati keindahan alam. Tapi ada juga orang yang
salah faham ngan muka aku ni. Maaf ya, aku kalau tak senyum ja terus orang kata
aku stress la marah la, tapi hakikatnya tak pun. Jujur ni, maaf sangat-sangat.
Nak cerita ni, kalau aku memang bengang dan tensen, muka aku memang dahshat
gila, kalau boleh kening ni nak kasi bertaut. Huhu.. Maaf sangat-sangat nooh..
Haa tak habis lagi kisah pulau
ni, aku memang jatuh chenta kat Pulau Sapi ni disebabkan keindahan dia dan
boleh kata tak tercemar pun (kecuali oleh manusia-manusia yang kekurangan
kain), sampai aku rasa nak ambik course sains akuatik pastu ambil master buat
research kat Sabah! Hahaha! Ok melampau sangat dah.
So aku nak pendekkan lagi cerita
aku, aku nak bagitau kat kalian semua (especially geng2 Jaulah ke Sabah), aku
sangat bersyukur Allah takdirkan aku bermusafir dengan kalian semua. Sungguh
aku terharu. Alamak, nak menitis dahhh! Haha.. Walaupun masa singkat, rasa macam
pejam celik tiba-tiba dah kat Kolej Seroja balik, aku memang takkan lupa detik2
di Sabah.
Betapa aku terhibur dengan
kalian, lama sangat dah tak gelak sampai susah gila nak berhenti, lama dah tak
usha keindahan alam dengan ketenangan yang tidak mampu terungkap dengan
kata-kata, kenangan dengan kalian, apatah lagi.
Indah sangat peluang yang Allah
bagi kepada aku untuk kenal kalian, kenal perangai, tahu kawan ni sakit, alah,
mabuk jalan dan sebagainya, belajar macam-macam pengalaman dengan kalian, mengamuk
ramai-ramai, gelak ramai-ramai, serba salah pun ramai-ramai,hehe..
Ini bukan kata-kata akhir, tapi
penghargaan aku kepada sahabat-sahabat Sabah yang berusaha bertungkus-lumus
untuk menjayakan Jaulah ke Sabah ni. Love paling besar aku bagi kat Mesyi dan
keluarga, Pakcik Jamal (neneknya Mesyi), Aizatul dan keluarga, Zana dan keluarga serta Ima dan keluarga =). Terima kasih
yang tidak terhingga kepada Dzull dan keluarga, dan Amirul Ikmal dan keluarga=)
Seinfiniti kemaafan ku pohon
kepada semua yang ikut Jaulah ke Sabah ni. Maaf terguris hati, tercucuk di
mana-mana, ketawa terlebih, bergurau terkasar, tapi tu semua tanda aku sayang <3
(haa, lagi sekali aku sawet, sila bersemut).
In shaa Allah ada rezeki ke Sabah
lagi kita nanti. Akhir kalam, ku hadiahkan kepada kalian lirik lagu ni,
sila nyanyi sendiri.
Bila
yang tertulis untukmu
Adalah
yang terbaik untukku
Kan
ku jadikan kau kenangan
Yang
terindah dalam hidupku
Namun
takkan mudah bagiku
Meninggalkan
jejak hidupku
Yang
telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
p/s: Jom jaulah 2.0 =p
gambar sila tengok puas-puas kat blog orang lain ye! terima kasih!
2 comments:
Ehem, bersemut baca...
Post a Comment